jobs from my.neuvoo.com

19 Jun, 2015

Pakatan hanya pengsan - Mustafa Ali

Pengarah pilihan raya PAS, Datuk Mustafa Ali berkata beliau percaya bahawa masalah yang melumpuhkan Pakatan Rakyat pada masa kini hanyalah untuk tempoh sementara.

Laporan The Star Online menyebut, beliau berkata PAS juga akan terus bersama PKR untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan.

“Pakatan tidak mati, hanya pengsan,” katanya seperti dipetik dalam laporan porttal itu.

Tambahnya, masalah yang timbul pada masa ini hanya berpunca dari tindakan DAP meninggalkan Pakatan.

Langkah itu sama seperti yang dilakukan DAP pada 2001 apabila parti itu meninggalkan Barisan Alternatif.

“DAP yang memutuskan untuk meninggalkan Pakatan, bukan PAS atau PKR,” kata Mustafa lagi.

Tak boleh bergerak sendiri

Sementara itu, Bernama melaporkan Mustafa Mustafa berpendapat PAS tidak boleh bergerak sendirian untuk merealisasikan hasrat menumbangkan kerajaan BN.

"Begitupun bagi sayalah bersendirian atas parti ini bukanlah satu-satunya pilihan terbaik... bukannya tidak boleh, cuma bukanlah yang terbaik," beliau dipetik sebagai berkata.

Bercakap kepada pemberita di pejabat PAS Terengganu hari ini, Mustafa berkata berkata muafakat bersama gabungan pembangkang yang dibina bekas mursyidul am PAS allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan bekas presiden Allahyarham Datuk Fadzil Noor tidak wajar dimusnahkan.

Beliau yang kini dilantik pengarah pilihan raya Pusat PAS berkata tiada parti boleh memerintah sendirian walaupunUmno.

Sementara itu, ditanya berhubung ancaman pembentukan sebuah parti baharu oleh anggota PAS yang kalah pemilihan, Mustafa mengakui ia sedikit sebanyak bakal memberi kesan parti itu.

"Kalau betul parti baharu itu akan ditubuhkan, ia sedikit sebanyak memang ada kesan. Kita tidak boleh kata 'tiada kesan langsung'. Cumanya sejauh mana kesan itu, ia perlu ditengok," beliau dipetik sebagai berkata.

Semalam, bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berserta beberapa bekas anggota jawatankuasa (AJK) parti itu ditemui media pada majlis 'Jasamu Dikenang' di Bakri, Muar tidak menolak kemungkinan membentuk sebuah parti baharu bagi meneruskan perjuangan politik mereka.

Antara yang hadir pada majlis itu termasuk bekas Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub serta bekas-bekas AJK PAS Khalid Samad, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Hatta Ramli, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, bekas Pesuruhjaya PAS Kedah, anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar, anggota Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud serta bekas Pesuruhjaya PAS Johor Aminolhuda Hassan turut hadir.

Kesemuanya bekas pemimpin PAS yang hadir itu pada majlis itu gagal mempertahankan jawatan masing-masing dalam Muktamar Tahunan Pas ke-61 di Kuala Selangor awal bulan ini.


EmoticonEmoticon