jobs from my.neuvoo.com

28 Jun, 2015

Pasangan pelajar berzina tepi jalan yang sibuk


Hong Kong: Seorang pelajar wanita dari tanah besar China mengaku salah melakukan seks bersama teman lelakinya di tepi jalan yang sibuk dengan lalu lintas di bandar ini, dua bulan lalu.

Pasangan itu dirakam kamera tertutup melakukan aksi lucah itu sekitar jam 4 pagi pada 1 April lalu di luar asrama Universiti Politeknik Hong Kong.

Gambar itu menjadi viral sehari kemudian dan polis menahan teman lelakinya Yang Hao, 19, juga pelajar dari tanah besar.

Pelajar wanita terbabit, Wu Xinyi, 18, menyerah diri selepas pulang daripada bercuti pada 10 April apabila melihat video itu di Internet.

Wu pada mulanya mengaku tidak bersalah bersama Yang di Mahkamah Bandar Kowloon, namun wanita itu kembali ke mahkamah dua jam kemudian untuk menukar pengakuannya.

Mahkamah menetapkan 8 Julai untuk menjatuhkan hukuman dan membenarkannya dibebaskan dengan ikat jamin.

Yang bagaimanapun tidak mengaku salah dan kes akan dibicarakan pada 13 Ogos ini.

Dia yang juga dibenarkan jaminan dijangka memanggil lima saksi manakala dua video akan dikemukakan di mahkamah.

Seorang pengawal keselamatan di universiti itu berkata, dia melihat pasangan berkenaan yang tidak menghiraukan orang ramai yang lalu di situ.

Katanya, dia menjerit supaya mereka berhenti namun tidak dipedulikan.

Polis sampai di situ sebaik mereka selesai dan sedang memakai baju menyebabkan pasangan itu dilepaskan kerana ketiadaan bukti pada masa itu.


EmoticonEmoticon