jobs from my.neuvoo.com

08 Jun, 2015

Pelumba terbaik negara kritikal kemalangan ketika berlumba

KUALA LUMPUR: Keadaan pelumba negara, Mohd Zamri Baba yang terbabit insiden ngeri pada perlumbaan pusingan dua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Sentul, Indonesia hari ini, dilaporkan masih kritikal.

Memetik laporan media Indonesia, Zamri yang beraksi dalam kelas perdana, SuperSport 600cc, dikatakan masih belum sedarkan diri di Hospital Petra Permata, Sentul, berdekatan litar terbabit dengan pemerhatian lanjut sedang dijalankan.

Promoter ARRC, Two Wheels Motor Racing dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini mengesahkan insiden terbabit. Zamri, 34 yang dianggap pelumba terbaik negara di perlumbaan membabitkan negara Asia itu terjatuh ketika pusingan keempat perlumbaan dan dirempuh pelumba di belakangnya. 

Kejadian berlaku mirip insiden ngeri membabitkan bekas pelumba MotoGP, Marco Simoncelli ketika GP Malaysia, empat tahun lalu sehingga meragut nyawa penunggang kelahiran Itali itu.

"Kami masih belum berani mengambil sebarang tindakan kerana tahap kesedarannya masih 3-4. Jika sudah 7-8 baru kami berani mengambil tindakan," kata Steven, doktor yang merawatnya di hospital terbabit, memetik laporan mobilinanews.com.

Seorang lagi doktor yang merawat Zamri, Wendy berkata, mereka masih berusaha untuk memindahkannya ke hospital terbaik di Jakarta atau di Kuala Lumpur.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59919?m=1


EmoticonEmoticon