jobs from my.neuvoo.com

05 Jun, 2015

Pemilhan PAS: Hadi & penyokong sapu bersih

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan penyokong beliau menyapu bersih jawatan utama dalam pemilihan pucuk pimpinan baru PAS, di samping menguasai sepenuhnya teraju Dewan Pemuda dan Muslimat parti itu.

Abdul Hadi juga berjaya mengetepikan pencabarnya Ahmad Awang untuk mengekalkan jawatan presiden PAS, dengan memperolehi kira-kira 80 peratus daripada 1,160 undi.

Timbalan barunya adalah Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 76 peratus undi, untuk menewaskan penyandang dua penggal jawatan itu, Mohamad Sabu.

Manakala tiga penyandang jawatan naib presiden - Datuk Husam Musa, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - tersingkir dan digantikan dengan Idris Ahmad, Datuk Nik Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Ab Samad.

Bagi 18 jawatan jawatankuasa pusat pula, hanya seorang calon dalam 'cai' Abdul Hadi yang gagal, iaitu Kamaruzaman Mohamad.

Sebaliknya, seorang calon progresif Mazlan Aliman berjaya mengekalkan kerusinya dalam jawatankuasa pusat. Beliau menduduki tempat ke-14 dari segi bilangan undi yang diperolehi.

Senarai penuh Jawatankuasa Pusat PAS bagi penggal 2015-2017 adalah seperti berikut:

PRESIDEN

Datuk Abdul Hadi Awang

TIMBALAN PRESIDEN

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man

NAIB PRESIDEN

Idris Ahmad
Datuk Nik Amar Abdullah
Datuk Iskandar Ab Samad

ANGGOTA JAWATANKUASA PUSAT

Nasrudin Hasan
Ridhuan Mohd Noor
Nasrudin Daud
Solehin Mukhyi
Nik Zawawi Salleh
Khairuddin Aman Razali
Fadhli Hasan
Abdullah Husin
Razman Zakaria
Mohd Zuhdi Marzuki
Mokhtar Senik
Zaharuddin Mohamad
Ali Akbar Gulasan
Mazlan Aliman
Dr Rosni Adam
Mohd Noor Mohamad
Muhamad Sanusi Md Nor
Nor Azli Musa


EmoticonEmoticon