jobs from my.neuvoo.com

06 Jun, 2015

Penyokong bukan Islam 'ajar' kepimpinan PAS cara tadbir ikut syariat

PAS menerima tamparan apabila cabang penyokong bukan Islam mereka iaitu Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) menegur sikap kepimpinan dan anggota parti itu yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Ini berikutannya Ketuanya, A Balasubramaniam mempersoalkan penularan gejala fitnah dan label-melabel dalam kalangan pimpinan dan anggota PAS sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, selama ini ahli bukan Islam dalam PAS ingin melihat suasana lebih harmoni seperti yang digalakkan Islam dalam parti itu, namun tidak menyangka gejala negatif tetap wujud dalam PAS.

"Saya tidak pasti adakah dalam Islam tiada larangan mengenai soal fitnah-memfitnah, label-melabel dan mungkir janji. Jika ada larangan tersebut dalam al-Quran, kenapa kita mengamalkan perkara itu dalam PAS?

"Mengapa ulama tidak memberi teguran agar gejala negatif ini dihentikan supaya ia tidak terus berlaku. Adakah gejala seperti ini bukan satu kemungkaran sehingga kita tidak mencegah dan terus membiarkannya bermaharajalela sehingga mengganggu parti," katanya semasa sesi penggulungan perbahasan pada hari terakhir Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini hari ini.

Sehubungan itu, Balasubramaniam mahu masalah di dalam PAS diselesaikan dengan cara Islam, bukan sekadar bercakap mengenai Islam semata-mata.

Beliau juga mahukan kepimpinan PAS yang baharu memberi perhatian terhadap permasalahan itu supaya mereka boleh bekerja dengan lebih baik.

"Walaupun UMNO, Barisan Nasional (BN) musuh kita, tetapi jika mereka lebih bersatu dan tersusun, tentunya mereka lebih berhak untuk menang dalam pilihan raya dan PAS pula (jika tidak diselesaikan masalah ini) akan terus mengalami kekalahan walaupun berada di pihak yang benar," katanya. - BERNAMA

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/59633?m=1


EmoticonEmoticon