jobs from my.neuvoo.com

21 Jun, 2015

Pro-ulama menang pemilihan PAS dengan bantuan UMNO - Mat Sabu

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa kumpulan pro-ulama PAS mendapat 'bantuan' UMNO untuk memenangi pemilihan pimpinan parti Islam itu baru-baru ini.

Dalam temu bualnya bersama Malaysiakini, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata media yang dikuasai UMNO bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan ulama.

"Semua agensi media pro-UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," Mohamad dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Dalam pemilihan pimpinan PAS awal bulan lalu, kumpulan pro-ulama menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.

Mohamad dan pemimpin PAS yang selama ini dilihat ke depan dalam memperjuangkan isu rakyat tewas pada pemilihan baru-baru ini.

Pemimpin progresif dalam PAS dianggap tidak setia kepada presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilabelkan sebagai 'budak DAP'.

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam 'cai' pro-ulama itu, memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Mazlan bagaimanapun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang dimenanginya kira-kira seminggu selepas Muktamar PAS ke-61 itu berakhir.


EmoticonEmoticon