jobs from my.neuvoo.com

19 Jun, 2015

‘Saya perlu lakukan ini.. Kamu merogol wanita kami...'

GAMBAR rakaman CCTV menunjukkan Dylann Roof memasuki gereja. - Foto AFP
Charleston (Carolina Selatan): Polis menyiarkan gambar lelaki berusia awal 20-an yang menembak mati sembilan orang dalam Gereja Emanuel AME di sini, pagi tadi.

FBI mengenal pasti lelaki itu sebagai Dylann Roof, 21, dari Columbia dan usaha memburunya masih dilakukan. Gambar rakaman CCTV itu menunjukkan dia memasuki gereja pada jam 8.16 malam waktu tempatan (pagi tadi waktu Malaysia).

Dalam temuramah dengan NBC, Sylvia Johnson, sepupu seorang mangsa Rev Clementa Pinckney berkata, dia difahamkan lelaki itu mahu bertemu paderi di gereja itu sebelum dia duduk di sebelah Pinckney iaitu paderi di gereja berkenaan.

GAMBAR fail Dylann Roof selepas ditahan kerana menceroboh pada 26 April lalu.

“Selepas tamat pelajaran kitab Injil, mereka terdengar bunyi bising dan ketika itu, suspek sudah mencederakan dua orang termasuk sepupu saya.

“Seorang mangsa lelaki yang terselamat berkata, penembak itu mengisi peluru lima kali dan anak lelaki mangsa cuba memujuknya supaya berhenti tetapi dia berkata ‘Saya perlu lakukan ini.. Kamu merogol wanita kami mengambil alih negara kami’” katanya.


EmoticonEmoticon