jobs from my.neuvoo.com

17 Jun, 2015

'Saya tanggal tudung semula bersebab...' Diana Johor

Meskipun dikecam hebat di laman sosial kerana tindakannya kembali membuka hijab namun bagi pelakon dan model iklan, Diana Johor menyatakan mempunyai pendirian tersendiri mengenai perkara tersebut.

Menurut Diana, dia sejujurnya belum betul-betul bersedia berhijab sepenuhnya kerana itu dia mengambil keputusan untuk kembali dengan imejnya sebelum ini.

"Apabila difikirkan semula, saya belum bersedia untuk berhijab sepenuhnya dan kerana itu mengambil keputusan untuk membuka tudung. Memang ia mengejutkan ahli keluarga, tetapi saya nekad dengan keputusan ini"

"Sampai masanya saya jadi diri sendiri dan tampil dengan gaya yang selesa. Saya tidak mahu buat sesuatu semata-mata memuaskan hati orang lain. Soal pakai tudung atau tidak, biarlah antara saya dan Tuhan," jelasnya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

Selain itu, sedia maklum bahawa apa yang dilakukannya itu bakal mendapat kecaman dan kritikan pelbagai pihak, Diana memberitahu bahawa dia sudah bersedia sepenuhnya dengan perkara berkenaan.

- mD


EmoticonEmoticon