jobs from my.neuvoo.com

05 Jun, 2015

'Saya terpaksa dedah aib suami kerana kecurangannya' - Sharifah Shahora

Beberapa hari lepas pelakon Sharifah Shahora telah mengeluarkan status yang berbaur makian ditujukan khas buat seorang perempuan misteri yang cuba mengganggu rumah tangganya. Dia yang ditemui semasa majlis Syukur Selalu TV3 memberitahu sudah lama bersabar dan ini masa untuk dirinya meluahkan segala apa yang terbuku di hati selepas 3 bulan menderita.

“Saya cuba sabar dan sebagai manusia kita ada tahap kesabarannya, dan saya terpaksa berbuat sebegini walaupun terpaksa memalukan diri saya,” katanya.

Tindakannya mengeluarkan logo keluarga perempuan misteri itu yang dipercayai berasal dari Singapura di laman Twitter miliknya, berhasil apabila perempuan itu meminta maaf padanya kerana berasa tertekan apabila tembelangnya telah diketahui ramai.

“Alhamdulillah bila saya keluarkan logo keluarganya dia minta maaf pada saya dan suruh saya buang semuanya. Tapi saya ada cakap saya tak boleh nak maafkannya lagi kerana saya takut ini hanya helahnya dan sengaja untuk dia melakukan tindakan yang seterusnya,” ujarnya lagi.

Menceritakan detik permulaan suaminya yang berkenalan dengan perempuan misteri itu ketika tayangan filem Ophilia tahun lalu dan dipercayai juga perempuan itu mahu menerbitkan sebuah filem dan mahu bergandingan bersama suaminya sebagai pengarah.

“Mereka berkenalan sejak buat filem Ophilia. Mula-mula katanya hendak buat filem tetapi sudah melarat kepada benda lain pula, benda ini berlaku pada bulan Februari dan saya dapat tahu bulan Mac bila melihat perubahan yang berlaku kepada suami saya,” tambahnya.

Selain itu, Sharifah Shahora turut berkata bahawa tidak pernah berjumpa dengan perempuan misteri ini dan tidak akan mahu berjumpa dengannya. Bagaimanapun, keluarganya serta mertua tidak dilibatkan dengan perkara ini dan mahu diselesaikan sendiri.

“Dia misteri saya tak pernah berjumpa dia. Semua mesej dia hantar melalui Twitter. Keluarga saya setakat ini tidak ada apa sangat, adik- beradik saya yang lain pun senyap, kalau boleh saya tak nak libatkan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Sharifah Shahora memberitahu masih tinggal sebumbung lagi bersama suaminya walaupun hatinya masih ‘panas’. Keterbukaannya untuk berkongsi bersama media dan peminat bukan untuk aibkan suami tetapi ini salah satu cara untuk selamatkan rumah tangga mereka.

“Saya masih tinggal bersamanya walaupun masih ‘panas’. Berhubung hanya melalui mesej sahaja. Bukan tujuan saya untuk aibkan suami tapi inilah salah satu caranya,” katanya lagi. (rtky/h)


EmoticonEmoticon