jobs from my.neuvoo.com

22 Jun, 2015

Selepas JPJ, SUK Selangor halang wartawan berpakaian seksi

Dua wartawan daripada New Straits Times Press (NSTP) yang dihalang daripada memasuki Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam kerana berpakaian pendek. – Gambar ihsan Facebook Charles Santiago, 22 Jun, 2015.
Dua wartawan daripada New Straits Times Press (NSTP) dihalang masuk ke Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) Shah Alam untuk membuat liputan hanya kerana berpakaian pendek, kata Ahli Parlimen Klang Charles Santiago.

Pemimpin DAP itu berkata, wartawan NSTP itu hadir membuat liputan sidang media atas jemputan, namun dihalang pengawal keselamatan SUK.

Menurut Santiago, mereka diarahkan memakai sarung untuk menutup kaki kerana menganggap pakaian mereka terlalu singkat.


"Kenapa perlu periksa bahagian kaki wanita? Kenapa pengawal keselamatan perlu melihat kaki wanita?

"Adakah ini peranan baru pengawal keselamatan?" tulis Santiago dalam Facebook hari ini.

Beliau juga menggesa Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menarik balik dasar peraturan keselamatan sedemikian.

"Sedangkan JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) secara terbuka sudah meminta maaf beberapa minggu lalu, kenapa pengawal di SUK menguatkuasakan polisi ini?

"Sila gugurkannya segera, Azmin Ali," katanya. – 22 Jun, 2015.


EmoticonEmoticon