jobs from my.neuvoo.com

10 Jun, 2015

Suami di Selangor suka seks ganas?

SHAH ALAM 9 Jun - Sikap isteri yang suka membebel dan suami gemar melakukan seks ganas merupakan antara punca utama kes perceraian di Selangor meningkat saban ta­hun.

Faktor penyumbang lain ada­lah jahil ilmu agama, masalah ekonomi rumah tangga, campur tangan pihak ketiga dan masalah anak.

Ketua Pendaftar, Perkahwinan, Per­ceraian dan Rujuk Orang Is­lam Negeri Selangor, Jabatan Aga­­­ma Islam Selangor (JAIS), Alu­wi Parman berkata, tabiat ne­ga­tif sedemikian yang sering di­praktikkan oleh pasangan sua­mi isteri pada masa kini terus meningkat sekali gus menjurus kepada peningkatan perceraian.

“Jumlah statistik perceraian pada tahun lalu meningkat kepada 6,912 kes berbanding 6,162 kes pada 2013.

“Kes perceraian tertinggi ada­lah melibatkan pasangan muda berusia 31 hingga 35 tahun dengan 915 kes setakat Mei tahun ini ma­nakala pada 2014, pasangan dalam lingkungan usia tersebut mencatatkan 3,156 kes.

“Jumlah pening­ka­tan ini per­­lu diberikan perhatian dan usa­ha membendungnya akan di­per­ting­katkan termasuk me­nambah baik modul dari se­masa ke semasa,” ka­ta­­nya.

Beliau berkata de­mi­kian dalam sidang akhbar selepas Muzakarah Pendaftar-Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim.

Pada perkembangan berkaitan, je­las Aluwi, isu perkahwinan lain adalah pernikahan di luar ne­gara seperti di selatan Thailand dan Indonesia yang semakin ting­gi da­lam kalangan penduduk Se­langor.

“Antara faktor utama yang menyebabkan pasa­ngan bernikah di sana adalah disebabkan po­li­­gami kerana tidak mendapat perse­tu­ju­­­an daripada isteri pertama.

“Malah, ada juga yang terlanjur dan ti­dak mendapat restu keluarga memilih un­­tuk bernikah di selatan Thailand atau Indonesia,” ujar­nya.

Menurutnya, jum­lah pasangan yang bernikah di luar negara itu semakin meningkat dan mereka hanya mendaftar di negara ini se­lepas berdepan masalah pen­daf­taran anak atau beberapa perkara lain.

Dalam pada itu, Aluwi mem­beritahu, ciri-ciri sesebuah rumah tangga yang bahagia adalah mempunyai isteri atau suami yang soleh.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/isteri-bebel-suami-suka-seks-ganas-punca-cerai-meningkat-di-selangor-1.101186#sthash.q6GrVZ36.dpuf


EmoticonEmoticon