jobs from my.neuvoo.com

13 Jun, 2015

Suami orang kantoi dalam tandas

Chukai: Gelaran lelaki miang sesuai menggambarkan tindakan seorang lelaki berstatus suami apabila dia ‘kantoi’ ketika mengintai seorang wanita membuang air di tandas Lapangan Terbang Kerteh, di sini, kelmarin.

Suspek berusia 25 tahun yang bekerja sebagai tukang masak itu dicekup orang ramai yang menyedari perbuatannya sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Menurut sumber, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun dan bekerja di kios di kawasan itu sedang membuang air.

Katanya, kehadiran suspek disedari mangsa apabila melihat rambut di bawah pintu tandas menyebabkan dia menjerit meminta pertolongan.

“Sebaik mendengar jeritan mangsa, suspek segera melarikan diri bagi mengelak dicekup, tetapi tidak berjaya.

“Orang awam yang kebetulan mendengar jeritan itu bergegas ke arah mangsa dan berjaya menahan suspek,” katanya ketika ditemui.

Sumber berkata, suspek yang sudah mempunyai seorang anak dipercayai berada di kawasan berkenaan atas urusan kerja sebelum dia diserahkan kepada polis.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kerteh dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana berkelakuan tidak senonoh dalam khalayak ramai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman Deputi Superintendan Normansah Din yang dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut masih dijalankan.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/57254#sthash.NvIuUXGe.dpuf


EmoticonEmoticon