jobs from my.neuvoo.com

01 Jun, 2015

Suami terlampau

Kulim: Berang isterinya enggan memberikan wang tunai RM500, seorang lelaki bertindak ganas membelasah mangsa di kediaman mereka, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 8.10 malam, suspek berusia 20-an yang masih tidak berpuas hati bertindak ganas menarik baju mangsa berusia 25 tahun sehingga terkoyak sebelum membawanya ke bank di bandar dan memaksanya mengeluarkan wang diminta.

Menurut sumber, isterinya itu yang ketakutan terpaksa akur dan mengeluarkan wang, namun hanya ada RM50 di dalam akaun banknya.

“Berang apabila wang diminta tidak mencukupi, suspek sekali mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut mengugut akan mengurung mangsa dan melanggar isterinya sehingga mati jika tidak memperoleh wang diminta,” katanya.

Sumber berkata, suspek juga memaksa isterinya itu meminjam wang daripada rakannya dan mangsa yang ketakutan hanya menuruti arahan lelaki terbabit.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54809#sthash.9xoIXw2R.dpuf


EmoticonEmoticon