jobs from my.neuvoo.com

18 Jun, 2015

Syak Pakistan 'main' dengan isteri orang dalam kereta

Sekadar foto hiasan
Kajang: Seorang guru wanita dan rakan niaganya, lelaki Pakistan dibelasah teruk menggunakan kayu penyapu selepas dituduh berasmara di dalam kereta.

Dalam kejadian jam 12.05 tengah hari kelmarin, dua suspek lelaki warga tempatan dan Indonesia didakwa memukul mangsa di Batu 11, Kampung Sungai Serai, di sini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek dipercayai menyerang lelaki Pakistan dan guru wanita berusia 40 tahun itu selepas disangkakan sedang melakukan perkara tidak senonoh.

“Hasil siasat polis mendapati, mangsa wanita dan lelaki Pakistan itu rakan perniagaan perabot. Mereka sedang berbincang di dalam kenderaan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, suspek menyerang mangsa kerana menuduh mangsa melakukan hubungan sulit dengan isteri orang.

“Bagaimanapun, suami wanita itu yang juga seorang pensyarah mendakwa isterinya dan mangsa tidak mempunyai apa-apa hubungan.

“Suami guru itu memberitahu polis, mangsa dan isterinya hanya rakan perniagaan,” katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58493#sthash.ksQgxM4o.dpuf


EmoticonEmoticon