jobs from my.neuvoo.com

21 Jun, 2015

'Tak ada SPM boleh sara keluarga': Peminat samakan Emma Maembong dengan pelacur di Chow Kit

NAMA Emma Maembong kembali hangat diperkatakan apabila pelakon jelita itu membuat satu kenyataan bahawa dia mampu menyara kehidupannya dan keluarga dengan baik biarpun tidak mempunyai kelulusan akademik yang tinggi.

Mungkin menjawab kepada sindiran yang diterima kerana tahap pendidikannya, gadis yang berasal dari Terengganu ini memberitahu Kosmo! bahawa kesenangan yang dimilikinya, seperti yang dilihat orang ramai hanyalah bersifat luaran.

Di sebalik semua itu, kata Emma, dia bekerja keras dan kini mampu berbangga dengan hasil titik peluhnya walaupun belajar sehingga tingkatan dua.

Kenyataan Emma itu, bagaimanapun menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen.

Ramai yang meluahkan rasa tidak setuju, di samping bimbang jika pendapat sedemikian menjadi ikutan anak muda di luar sana.

Kata mereka, bukan semua orang bertuah seperti Emma yang dikurniakan bakat dan kecantikan yang memungkinkan dia mencari rezeki sebagai pelakon.

Ada juga yang melihat kenyataan Emma itu dari sudut yang positif kerana tahap akademik bukan jaminan nilai seseorang.
Sebilangan kecil pula beranggapan kenyataan Emma itu tidak sepatutnya dinilai dari luar konteks kerana Emma kemungkinan hanya memberi jawapan kepada persoalan sesetengah pihak yang mempersendakan tahap akademiknya.

Menurut beberapa laporan media sebelum ini, Emma tidak menghadiri kelas formal di sekolah kerana menjaga adik lelakinya yang tidak boleh berjalan.

Laporan itu juga menyebut bahawa Emma hanya mengikuti pelajaran tidak formal di rumah dengan bantuan seorang guru.

Minat terhadap seni lukis mendorong Emma belajar daripada ayahnya bagi mengembangkan bakat dalam bidang lukisan selain bercita-cita mengikuti jejak langkah ayahnya sebagai pelukis satu hari nanti.


EmoticonEmoticon