jobs from my.neuvoo.com

21 Jun, 2015

Tembak anak hamil luar nikah

Ankara: Seorang ibu berusia 36 tahun menembak mati anak perempuannya selepas mengetahui gadis berusia 17 tahun itu hamil 3 bulan.

Si ibu, Emimn A, mengetahui anaknya Meryem mengandung luar nikah ketika berkunjung ke rumah jiran.

Akhbar Hurriyet melaporkan, Emime pulang ke rumah untuk mencari pistol dan kembali ke rumah jirannya itu lalu menembak anaknya limak kali.

Beberapa jiran di blok apartment di Selcuk, daerah di Bigde, Selatan Turki, berusaha membantu dan membawa Meryem ke hospital tetapi di mati dalam perjalanan.

Emine yang pengsan selepas menembak mati anaknya kini ditahan polis di hospital.

Pihak berkuasa Turki mengaku berdepan masalah keganasan terhadap wanita di negara itu tetapi dalam kebanyakan kes, ia membabit serangan oleh lelaki



EmoticonEmoticon