jobs from my.neuvoo.com

17 Jun, 2015

Terkuburnya Pakatan telah diduga, kata MP Umno

Anggota parlimen Umno tidak terkejut dengan blok pembangkang yang terkubur, dengan menyifatkan senario tersebut telahpun diduga.

MP Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata beliau menjangkakan situasi itu kerana sejarah membuktikan bahawa "parti yang ekstrem seperti DAP dan PAS" tidak boleh bersama.

"Mereka telah berubah dari Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat, (pepecahan) ini bukan sesuatu yang baru," katanya kepada pemberita di Parlimen.

Sekalipun terikat untuk bercerai, Nur Jazlan berkata ia bukan satu perpisahan yang dianggap secara baik kerana berlaku krisis dalaman dalam gabungan itu yang diumpamakan "keganasan rumahtangga".

"Akhirnya, mereka menguruskan harapan rakyat bahawa mereka menjadi alternatif kepada BN," katanya

Ditanya sama ada beliau dapat melihat ada gabungan lain yang boleh muncul, Nur Jazlan bagaimanpun bersikap pesimis.

"Saya tidak mengharapkan apa-apa buat masa ini (bagi politik baru) kerana politik negara bergantung pada bangsa dan agama," katanya.


EmoticonEmoticon