jobs from my.neuvoo.com

26 Jun, 2015

Tersiar video lucah di billboard tempat awam

PENDUDUK di Mudanjiang, China terkejut dengan penayangan video lucah di khalayak ramai menerusi sebuah skrin di sebatang jalan raya sibuk di daerah berkenaan, baru-baru ini.

Difahamkan kejadian berlaku ketika pengendali skrin sedang menonton video lucah namun tak menyedari video ditontonnya itu turut disambungkan kepada skrin di tempat awam tersebut.

Video yang terlepas selama 10 minit itu sempat dirakam pejalan kaki serta pesakit di hospital yang terletak berhadapan dengan jalan raya tersebut.

Pihak polis kemudiannya bergegas ke tempat kejadian dan memberhentikan penayangan video erotik tersebut.

Polis masih lagi menyiasat siapakah dalang yang menyebabkan perkara itu berlaku.

– MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon