jobs from my.neuvoo.com

10 Jun, 2015

Tiada istilah rogol dalam perkahwinan

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri menyatakan kerajaan tidak berhasrat untuk meminda Kanun Keseksaan bagi mengiktiraf kesalahan rogol suami terhadap isteri (marital rape).

Menurutnya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen telah mengkaji peruntukkan berkaitan marital rape (rogol dalam perkahwinan) dan telah dibentangkan semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2004 pada 12 Julai 2006.

“Berdasarkan kajian dan dapatan yang telah dibentangkan oleh Jawantankuasa Pilihan Khas tersebut, kerajaan memutuskan untuk mengekalkan peruntukkan yang berkaitan di bawah Seksyen 375 Kanun Keseksaan.

“Persetubuhan antara suami isteri dalam perkahwinan yang sah di sisi undang-undang dan masih berkuatkuasa tidak boleh dianggap sebagai rogol.

“Sehingga kini belum ada lagi cadangan untuk memindanya,” kata Nancy dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini.

Walau bagaimanapun, menurut Nancy, perbuatan suami yang mendatangkan kecederaan kepada isteri dengan tujuan mengadakan hubungan seks merupakan satu kesalahan.

“Hukuman bagi kesalahan ini ialah pemenjaraan tidak melebihi lima tahun,” katanya memetik Rakyat Post. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon