jobs from my.neuvoo.com

17 Jun, 2015

TMJ: Orang Putrajaya nak belasah 'hamba rakyat'

Tengku Mahkota Johor mengucapkan terima kasih terhadap rakyat Johor yang hadir menyatakan sokongan ketika baginda bertelagah dengan seorang menteri kabinet.

Menegaskan akan bersuara demi kesejahteraan rakyat, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sempat menyindir “orang di Putrajaya”.

“Saya tak mahu bercakap banyak, kerana ramai orang di Putrajaya nak whack (belasah) saya,” kata baginda merujuk kepada kenyataan lantang Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini.

Tunku Ismail juga menegaskan bahawa baginda akan sentiasa menegakkan kedaulatan Johor dan terus bersuara demi bangsa Johor dan rakyat Malaysia.

“(Ini) sebagaimana pesanan Duli Yang Maha Mulia ayahanda saya, bahawa saya adalah hamba rakyat Johor,” katanya.

Ratusan berkumpul di luar istana negeri di Bukit Serene, Johor Bahru petang ini bagi menyatakan bantahan ke atas kenyataan menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Tunku Ismail turut serta dalam perhimpunan itu dengan bersalaman dan menundukkan kepala kepada orang ramai tanda beliau seorang “hamba rakyat”.

Orang ramai dilaporkan menuntut Nazri meminta maaf secara terbuka susulan kenyataannya yang menegur Tunku Ismail kerana menyifatkan orang yang menggambarkan Datuk Seri Najib Razak mahu menyembunyikan sesuatu.

Tunku Ismail menyatakan kritikan itu selepas Najib tidak hadir dalam dialog terus terang bersama NGO atas alasan keselamatan dan nasihat polis.

Pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad bagaimanapun turut serta dan berjaya mencuri pentas sebelum diberhentikan dan diiring keluar daripada acara itu oleh polis.

Tidak senang dengan perkara itu, Nazri kemudian meminta Tunku Ismail tidak campur tangan dalam hal ehwal politik atau bersedia untuk 'dibelasah'.


EmoticonEmoticon