jobs from my.neuvoo.com

10 Jun, 2015

Tragedi coli merah jambu

Chiang Mai: Pihak berkuasa pelancongan Thailand semalam mengeluarkan amaran keras kepada pengurusan Lapangan Terbang Chiang Mai selepas gambar pakaian dalam milik seorang pelancong China tersidai di atas kerusi tersebar luas.

Gambar baju dalam berwarna merah jambu dan seluar hitam wanita terbabit mula tersebar melalui media sosial kelmarin dan mengundang pelbagai reaksi, dengan kebanyakannya mengkritik pihak yang berkenaan.

Presiden Persatuan Pelancongan Chiang Mai, Pornchai Jitnavasathien berkata, kejadian itu bukan pertama kali berlaku di lapangan terbang berkenaan.

Persatuan berkenaan turut meminta ejen dan pemandu pelancong Thailand menjelaskan kepada pelanggan masing-masing bahawa tindakan menyidai pakaian dalam bukan saja tidak sesuai dengan budaya setempat, malah menjejaskan imej pelancong China.

Sementara itu pegawai perhubungan awam lapangan terbang terbabit berkata, kejadian itu berlaku kira-kira dua minggu lalu ketika wanita itu sedang menunggu penerbangan pulang ke China pada jam 9 malam.

Menurutnya, ia adalah waktu puncak dan kawasan berkenaan dipenuhi oleh orang ramai. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28114?m=1#sthash.lQV5QDdf.dpuf


EmoticonEmoticon