jobs from my.neuvoo.com

26 Jun, 2015

Video seks tersebar di FB tanpa izin

Gambar yang dirakam pada 11 Jun lalu menunjukkan wanita dikenali sebagai ‘Chantal’ (kiri) peguamnya dalam mahkamah di Amsterdam. - Foto AFP
Amsterdam: Mahkamah di Belanda memutuskan Facebook perlu memberi sebarang maklumat yang boleh membantu seorang wanita mengesan pihak bertanggungjawab menyebarkan satu rakaman video seks wanita itu tanpa kebenarannya.

Semalam, Mahkamah Daerah Amsterdam memutuskan jika Facebook tidak dapat melakukannya kerana data berkaitan sudah dipadamkan (seperti hujah Facebook) ia perlu membenarkan pakar dari luar memeriksa pelayan bagi mengesahkannya.

Facebook berhujah pengguna yang menyiarkan video itu menggunakan akaun palsu dan ia sudah memadam semua maklumat berkaitan daripada pelayannya, Februari lalu, bersama video itu.

Wanita yang menyaman Facebook itu pernah muncul di televisyen Belanda dikenali sebagai Chantal, 21. Dia mendakwa menderita dan rasa malu dialaminya sejak video itu disiarkan.

Rakaman berkenaan dibuat bekas teman lelakinya ketika mereka masih bawah umur dan wajah wanita itu jelas kelihatan. Bagaimanapun, bekas teman lelakiya menafikan menyiarkan video berkenaan.

Walaupun dipadamkan daripada Facebook beberapa jam selepas disiarkan, namun ada yang sempat memuat turun video itu dan menyebarkannya.

"Facebook ada tanggungjawab undang-undang menyediakan maklumat itu kerana maklumat orang tidak dikenali yang melakukan kesalahan itu tidak boleh diperoleh daripada tempat lain," kata ringkasan keputusan mahkamah. - Reuters

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/60406?m=1#sthash.Ypa1X2Nk.dpuf


EmoticonEmoticon