jobs from my.neuvoo.com

06 Jun, 2015

Wanita diperkosa enam lelaki adalah berita palsu

KUALA LUMPUR - Penyebaran maklumat kononnya seorang wanita dirogol enam lelaki selepas diberikan dadah jenis 'Rohypynol' dan 'Progesterex' yang tersebar dalam laman sosial adalah palsu, menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara, Datin Asmawati Ahmad dalam kenyataan menerusi laman Facebook rasmi PDRM berkata, hasil semakan setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berkaitan perkara itu.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan ketakutan serta kegusaran kepada masyarakat.

Sesiapa yang disyaki menyebarkan maklumat palsu boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. - Bernama


EmoticonEmoticon