jobs from my.neuvoo.com

09 Julai, 2015

Aksi raba punggung mat motor gila seks di siang hari dirakam

KURANG AJAR dan sanggap! Inilah yang boleh dirumus mengenai kejadian meraba yang berlaku di Perlis.
Beberapa hari lalu, seorang wanita menjadi mangsa perbuatan biadap itu oleh seorang penunggang motosikal di mana bahagian pinggulnya telah digengam ketika dia dalam perjalanan menunju ke sebuah kedai dengan rakan-rakannya.
Menurut maklumat yang diperoleh daripada Facebook Daily Trafik Report, kejadian tersebut dirakam oleh seorang pemandu ketika berada di Jalan Besar, Kampung Jejawi pada pagi Ahad lalu.
Mangsa bersama dua orang lagi rakannya yang berjalan terkejut dengan tindakan lelaki tersebut yang mengenggam pinggulnya sebelum berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
raba 1.5
Berikutan itu, saksi terus mengejar lelaki berkenaan bagi merakam gambar wajahnya sebelum dimuat naik ke laman Facebook dan meminta orang ramai berhati-hati dengan lelaki itu.
raba1.3
Tinjauan kami di ruangan komen pula, rata-rata Netizen menyifatkan lelaki tersebut adalah seeloknya dilanggar terus setelah dia melakukan perbuatan kurang ajar tersebut.
“Kalau aku jadi tukang ambik gambar ni lepas ambik gambar aku langgor je bagi terbabas budak motor tu.. senang nak jadi bukti kalau dia report polis,” tulis Kape Boom.
Apa yang penting, setiap kejadian perlu diambil tindakan dengan membuat laporan polis agar jenayah ini dapat dibendung bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa. – 




EmoticonEmoticon