jobs from my.neuvoo.com

20 Julai, 2015

Azwan Ali maki hamun Nabil kerana tidak tegurnya di airport

Hanya kerana diva ini tidak ditegur oleh Nabil Ahmad ketika di lapangan terbang, Azwan Ali telah menyatakan rasa tidak puas hatinya itu melalui akaun Twitter miliknya dengan – well, kita semua kenal perangai diva seorang ini, bukan?

Melalui luahan hatinya itu juga Azwan Ali mendakwa bahawa Nabil tidak menegurnya. Berdiri di atas kredibiliti diva yang dimiliknya, memanglah jauh sekali Azwan akan menyerah diri untuk menegur pelawak itu terlebih dahulu.

Selain itu, Azwan juga menceritakan bahawa sebelum ini, penyanyi rock lagenda tanah air, Amy Search juga merendah diri menegurnya dahulu dan turut berpelukan ketika umrah. Inikan pula Nabil, terus sahaja Azwan mengatakan Nabil tidak setaraf dengannya.
Mungkin Nabil ada jawapan tersendiri sebab apa dia tidak menegur Azwan atau mungkin juga Nabil tidak ambil pusing langsung tentang perkara ini. Apa-apa pun, semoga Aidilfitri tahun ini disambut penuh makna oleh kedua-dua selebriti ini. (rtky/s)


EmoticonEmoticon