jobs from my.neuvoo.com

15 Julai, 2015

'Babak ranjang tu ok je dan tak keterlaluan pun...' - Micheal Ang

Kuala Lumpur: “Masyarakat tak boleh salahkan kami 100 peratus. Kadang-kadang jalan cerita begitu dilakukan atas kehendak pihak atasan dan penonton sendiri,” kata pelakon Ayda Jebat mengenai babak dia berpelukan atas katil dengan pelakon Zul Ariffin dalam satu episod drama M.A.I.D, baru-baru ini.

Ayda berkata, penonton tidak wajar menyalahkan pelakon dan penerbit drama bersiri itu sepenuhnya kerana keseluruhan konsep dan jalan ceritanya turut ditentukan pihak lain.

“Selalunya setiap kali sebelum penggambaran dimulakan, tentu ada mesyuarat dan proses pemilihan di mana stesen tv akan menentukan skrip dan jalan cerita.

“Jika mereka bersetuju baru kami buat dan begitu sebaliknya. Drama itu (M.A.I.D) diadaptasi daripada novel dan kebanyakan penonton sudah membacanya dan tahu jalan ceritanya.

“Jadi kalau babak tertentu dalam buku itu tidak ada, tentu mereka akan bising termasuk babak peluk itu,” katanya.

Babak berkenaan yang ditayangkan dalam salah satu episod drama berkenaan minggu lalu mengundang kecaman penonton yang mendakwa ia keterlaluan dan melanggar etika masyarakat dan agama.

Ia memaparkan adegan Ayda dan Zul berbaring sambil berpelukan di atas katil.

Sementara itu, pengarahnya Michael Ang berkata, pihaknya mungkin akan menggunakan taktik helah kamera lebih kreatif pada masa akan datang bagi merakam babak mesra dan romantik antara pelakon.

“Bagi saya, babak itu okay dan tidak keterlaluan, tapi apabila ia tidak dapat diterima kita ambil serius perkara itu.

“Pada masa akan datang, kita kena jadi kreatif sikit untuk tunjuk kemesraan pelakon dalam babak dengan cara lain. Mungkin boleh berpeluk, tapi kita letak bantal antara mereka atau kita buat kaki bersentuh kaki berbanding berpegangan tangan,” katanya.

M.A.I.D diterbitkan Darkwave Pictures Sdn Bhd dan ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64390#sthash.qU4EFiVr.dpuf


EmoticonEmoticon