jobs from my.neuvoo.com

21 Julai, 2015

Belasah 'balak' adik perempuan sedang dating di Wangsa Maju

ANTARA terbabit dalam pergaduhan yang ditahan polis.
Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemani beberapa rakan lain cuba membelasah kekasih adik perempuannya selepas mendapat tahu adiknya itu keluar rumah tanpa pengetahuan keluarga.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, semalam kumpulan terbabit dikatakan cuba menyerang lelaki itu di sebuah pusat beli-belah di Wangsa Maju, di sini.

Bagaimanapun, lelaki yang menjadi sasaran itu turut ‘bersedia’ dengan memanggil beberapa rakannya untuk berhadapan dengan kumpulan berkenaan.

Seorang saksi yang enggan namanya didedahkan berkata, pergaduhan itu turut membabitkan penggunaan senjata seperti batang besi, pengunci tayar motosikal dan topi keledar.

Katanya, pergaduhan itu menyebabkan keadaan pusat beli-belah berkenaan menjadi kecoh.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/65129#sthash.9TDBWhA2.dpuf


EmoticonEmoticon