jobs from my.neuvoo.com

15 Julai, 2015

Buang bayi di bulan Ramadhan

Seorang bayi baru dipercayai baru dilahirkan ditemui hari ini, 14 Julai 2015. Bayi diberitakan masih hidup ketika ditemui oleh pelajar sekolah di kawasan belakang Pejabat Pos Marang, Terengganu.

Bayi kelihatan stress dan kekeringan akibat panas terik matahari. Ia telah dihantar ke klinik sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Dengan rentetan insiden dan tragedi sehari dua ini, maka sudah fitrahkah kita untuk layak menyambut Hari Raya Fitrah ini?

Sudah sempurnakah puasa kita dalam menahan nafsu?

Sama-sama kita fikir dan renungkan. Tambahkan usaha berdoa dan saling menyeru ibubapa dan masyarakat agar mendekati remaja kita dengan nasihat yang berhemah dan istiqomah.

"Ya Allah... Ya Robbi... Ampunilah dosa-dosa kami, samada yang kecil mahupun yang besar... Bantulah kami untuk kembali ke jalanMu ya Allah. Janganlah bebani kami Ya Allah dengan bebanan yang tidak tertanggung oleh kami".

"ALLAHUMMA SALAAMATAN FID DIEN"...

Allahumma.. AMIIN.

WARGA PRIHATIN


EmoticonEmoticon