jobs from my.neuvoo.com

12 Julai, 2015

'Bukan, bukan...ini bukan kes tipu pelanggan, tapi...' - Pengurusan Low Yat

KUALA LUMPUR - Insiden pergaduhan di Plaza Low Yat semalam masih hangat menjadi bualan netizen di media sosial.

Laporan awal menyatakan (dari pihak Low Yat), suspek didakwa mencuri sebuah telefon bimbit di premis Oppo. Namun, dari pihak tertuduh pula mendakwa mereka telah ditipu oleh kakitangan Oppo yang menjual telefon bukan tulen.

Tampil seorang gadis bernama Farah Liana, setiausaha di Plaza Low Yat mendedahkan sebaliknya.

"Bukan! Bukan kes tipu! Hurmmm kenapalah perlu percaya dengan blogger semua? Management staff semua Melayu. Hal penipu, pelanggan akan datang cari kami kalau tak dapat selesaikan masalah.

"Plaza Low Yat pekerjanya ramai Melayu. Kedai-kedai yang menyewa saja Cina. Kami pening kepala, korang lagi nak backup! Kes-kes yang kami terima banyak orang kita sendiri yang buat.

"Korang nak bengang dengan budak-budak yang kena pukul dengan Cina itu, ikut koranglah. Tetapi kami pekerja-pekerja Melayu di sini sudah cukup malu dengan budak-budak Melayu yang buat hal di sini," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di sebuah Facebook page popular. - THEHYPEMEDIA.COM

5 comments

Pekerja2 melayu di Low Yatt ni saling tak tumpah macam para pekerja melayu di penang bawah DAP... sangat patuh pada cina, sanggup burukkan bangsa sendiri demi sesuap nasi... celaka betul..

so? kalau gaduh bermandi darah dapat selesaikan masalah ker?

kita ni yang dah bertahun² kena tipu sampai ranap harta negara tak perasan ker?

kalau samseng, isap dadah kemudian curi... tak kira bangsa... tetap musuh rakyat yg berakal dan waras.

hari ini samseng melayu tu buat kt cina, esok lusa dia buat kat org melayu juga.

tahun depan dia rogol anak melayu pulak.

kenapa kita nk berakidah assobiyah membela benda tk betul atas nama bangsa?
sedangkan Nabi saw tk mengaku umat jika assobiyah.

KENAPA SUSAH SGT KITA NK BERLAKU ADIL.. MEMIHAK KEPADA KEBENARAN
DAN BUKAN KEPADA BANGSA SEMATA2.

nonbal,

kalau anda kaitkan dgn DAP....

maka jgn salahkan rakyat kalau mereka kaitkan insiden low yatt

dengan provokasi umno yg sedang cuba menutup isu2 besar negara
dengan menjadikan DAP target siang dan malam.

TELAH MENJADI LUMRAH 2 ISU AKAN SENTIASA DIGUNA OLEH
SAMSENG2 POLITIK UTK KEKAL BERKUASA ..

iaitu : AGAMA dan PERKAUMAN

jika rusuhan berlaku .... yg cedera dan mati ialah rakyat cina dan melayu
cina mati, melayu pun mati... yg tumpah adalah darah rakyat
mereka yg merancang lari keluar negara... tinggal bersama sirul rehat2.

jgn kita rakyat biasa menjadi mangsa permainan org2 politik yg berkepentingan

org beriman tidak menyokong kerana cina atau melayu, tetapi kerana kebenaran.

wahai 3 line..

kemana kesamsengan kamu ketika org melayu miskin dihalau
dari kg chubadak oleh penguatkuasa melayu dgn kerjasama org berkuasa
cina dan melayu?

ingat, mati memperjuangkan assobiyah, neraka lah tempatnya.


EmoticonEmoticon