jobs from my.neuvoo.com

25 Julai, 2015

Buta IT, Azwan Ali menapak ke Maxis hanya untuk tutup akaun Twitternya...!

Nama Azwan Ali sememangnya sentiasa panas. Namun minggu nama diva ini menjadi terlebih panas, menggelegak bak air yang dijerang apabila 2 kontroversi melanda dirinya. Pertamanya sudah tentuluahan rasa tidak puas hati terhadap Nabil Ahmad yang tidak menegur dirinya. Kedua ialah kata-kata yang kurang bermoral dan dilihat menghina mangsa kemalangan jalan raya di Aidilfitri. Kedua-dua kontroversi ini timbul selepas kata-kata berkaitan diluahkan menerusi akaun Twitternya.
Akibat kata-kata yang ditulisnya, ramai pengguna Twitter yang mengecam dan mengkritik tindakannya. Kebanyakannya menganggap ia adalah satu perbuatan yang tidak patut. Ramai yang menasihati Azwan Ali agar berubah, lebih-lebih lagi apabila diva itu telah menunaikan umrah beberapa kali. Akibat dikritik dan dikecam teruk, Azwan Ali telah pun mengambil keputusan untuk menutup akaun Twitternya.
diva azwan ali
Namun sebelum penutupan tersebut dilakukan, Azwan Ali sempat memberi kata-kata terakhir kepada pengikut-pengikut setianya di Twitter:-
diva azwan ali
diva azwan ali
Tambah menarik, Azwan Ali menerusi akaun Instagramnya telah memaklumkan yang dia telah pergi ke Maxis untuk menutup akaun Twitternya. First time pulak Abang Nara dengar kena pergi Maxis untuk tutup akaun Twitter. Mungkin Azwan Ali tak tahu hanya perlu tekan butang deactivate sahaja.
AT MAXIS ! ACC TWITS AGONG DIVA AA ? @azwanhjali NOW ? DE ACTIVATED ! ????? GUD BYE ALLLLLLL GONNA MISS NO 1 DARING TWITTER ACC IN THE WORLD ! DE ACTIVATED ? BUKAN TANDA TUNDUK ! IN FACT? AZWAN ALI TERUJA RELA HATI TUTUP ACC TWITS AGONG DIVA AA BCOZ TERLALU BERSEPAH FAKED PEOPLE & ANJINGGGG GILA KURAP MUKA MANUSIA TERHODOH ! #NOTanyMORE UNDERSTAND
diva azwan ali
Pasti ramai yang kecewa dengan tindakan Azwan Ali menutup akaun Twitternya. Ramai yang menjadikan kata-kata Azwan Ali yang sukar difahami sebagai satu tempat menghilangkan stress. Secara jujur,  pun kadang-kadang tak faham apa yang ditulis oleh Azwan Ali. Kena baca 2,3 kali baru boleh tangkap maksud yang cuba disampaikan. Apa pun, semoga dengan penutupan akaun ini, kontroversi yang bakal melanda diva popular ini akan berkurangan di masa hadapan.

BEAUTIFUL NARA



EmoticonEmoticon