jobs from my.neuvoo.com

09 Julai, 2015

Datuk tidak sangka cucu mengandung

KUBANG PASU 8 Julai – Datuk kepada wanita yang dipercayai mengerat dan membuang bayi yang baru dilahirkan ke dalam tangki najis di Kampung Manggol dekat sini tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku dalam keluarganya.
PEGAWAI forensik memeriksa tangki najis tempat mayat bayi perempuan dijumpai dipotong di Kampung Manggol, Kubang Pasu, Kedah, semalam. UTUSAN/SAFRIZAL AZMI

Warga emas yang berusia 80 tahun itu berkata, dia sangat terkejut apabila rumahnya didatangi pihak polis semalam dan selama ini cucu perempuannya yang berusia 31 tahun itu tidak pernah menunjukkan ciri-ciri wanita yang sedang mengandung.

“Saya tidak tahu dia mengandung, bila dia datang rumah saya dia seperti biasa sahaja,” ujarnya ketika ditemui di rumahnya Kampung Manggol, Jitra di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang jiran yang dikenali sebagai Man memberitahu, dia selalu ternampak suspek dan ibunya yang berusia dalam lingkungan 50-an menaiki motosikal ke rumah datuk suspek.

“Saya tak nampak wanita tersebut macam mengandung, dia bawa motosikal macam biasa sahaja,” ujarnya.

Tambahnya, jiran-jiran juga kurang mengenali suspek dan ahli keluarganya termasuk datuk suspek kerana mereka kurang bergaul dengan masyarakat setempat.

“Saya sudah lama tinggal di sini lebih kurang 20 tahun, namun saya tidak kenal rapat dengan mereka.

“Semalam apabila polis datang ke rumah tersebut saya ingatkan berlaku kematian, tapi tak sangka pula ada kes sebegitu.

“Saya dapat tahu mengenai kes ini melalui berita dan siapa yang melakukannya sangat kejam,” jelasnya.


EmoticonEmoticon