jobs from my.neuvoo.com

24 Julai, 2015

GBH: ‘Makhluk dua alam’ tidak mampu bertahan - Ulama PAS

KUALA LUMPUR 23 Julai – Parti serpihan Pas yang bakal ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka tidak mampu bertahan lama jika para pemimpinnya mengambil pendekatan ‘makhluk dua alam’.

Ketua Dewan Ulama Pas Pahang, Mokhtar Senik berkata, GHB pada masa ini dilihat mempunyai dua sisi iaitu yang mewakili gerakan Islam dan sekular.

“Jika GHB muncul sebagai parti politik Islam kedua selepas Pas, ia tidak akan dapat berkayuh sejauh mana dalam gelombang politik tanah air.

“Akhirnya, mereka terpaksa kembali menjadi Pas yang mendukung semua prinsip ajaran Islam atau terpaksa menjadi parti sekular seperti DAP,” katanya dalam satu kenyataan di laman web rasmi Pas hari ini.

Ahad lalu, bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Khalid Abdul Samad mengumumkan pemimpin-pemimpin yang terlibat dalam GHB akan meninggalkan Pas secara automatik apabila sebuah parti politik baharu ditubuhkan secara rasmi pada 14 September depan.

Mokhtar menambah, parti serpihan tersebut dijangka hanya memainkan peranan sebagai ‘dewan himpunan Melayu penyokong DAP’ yang berperanan untuk menarik undi orang Melayu.

Beliau memberitahu, langkah itu terpaksa dilakukan bagi mengelakkan timbul perasaan kurang senang dalam DAP dan PKR sekiranya pemimpin-pemimpin GHB menyertai dua parti tersebut.

“Posisi mana yang harus disediakan kepada bekas pimpinan Pas itu? Kalau sebagai ahli biasa, lebih baik mereka kekal dalam Pas.

“Kalau sebagai pim­pi­nan, sudah pasti me­reka tidak akan disenangi oleh barisan kepemimpinan yang lebih kanan dalam parti tersebut,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohktar berpandangan, penubuhan parti baharu oleh GHB merupakan jalan selamat untuk membolehkan kumpulan tersebut terus berkhidmat dengan DAP.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/8216-makhluk-dua-alam-8217-tidak-mampu-bertahan-1.116293#sthash.8uFnYScg.BnnF4qWe.dpuf


EmoticonEmoticon