jobs from my.neuvoo.com

24 Julai, 2015

Haram wakil rakyat PAS sertai GHB nikmati elaun, gaji, kata Haron Din

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din menasihatkan wakil rakyat PAS yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah kerana ia turut menyebut soal elaun dan gaji.
Wakil rakyat PAS yang mendukung perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB) haram menikmati gaji dan elaun mereka kerana kerusi yang dimenangi adalah berdasarkan tiket parti Islam itu, kata Datuk Dr Haron Din.

Mursyidul am PAS itu berkata, ini kerana semua wakil rakyat dan calon yang dipilih bertanding dalam pilihan raya sudah berikrar untuk setia dalam perjuangan dan tidak khianat kepada parti.

"Saya menasihatkan pihak yang berbaiah supaya merenung sedalam-dalamnya kehendak baiah itu kerana mereka berbaiah dengan Allah.

"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi dalam baiah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan jika berlaku pelanggaran baiah," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Semalam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.

Katanya, akuan bersumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam tersebut.

"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah. – 24 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/haram-wakil-rakyat-pas-sertai-ghb-nikmati-elaun-gaji-kata-haron-din#sthash.vRU63ocA.dpuf


EmoticonEmoticon