jobs from my.neuvoo.com

04 Julai, 2015

'I cannot tahan', lelaki pancut air mani dalam minuman akhirnya ditahan

IBARAT sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua, aksi seorang lelaki melakukan onani serta memancutkan air maninya ke dalam botol minuman seorang pekerja wanita di sebuah hotel telah ditangkap oleh ahli Community Policing (CP).

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan lelaki tersebut membuat perkara terkutuk itu telah menjadi viral di laman sosial dan dia berjaya ditahan di luar sebuah restoran di mana kebetulan dia bekerja sebagai tukang masak di situ.

Memetik laporan akhbar The Star, tangkapan yang diketuai oleh pengasas CP Malaysia, Kuan Chee Heng berlaku di Bandar Tasik Puchong, Selangor kira-kira jam 11 malam pada Jumaat.

“Siapa tahu sekiranya terdapat ramuan tidak sepatutnya yang pernah dia masukkan sendiri ke dalam masakannya selama ini,” kata Chee Heng.

Lelaki berusia 29 tahun itu didakwa telah melakukan onani di sebuah lobi hotel di Puchong pada 22 April lalu dan dia dilihat memancutkan air maninya ke dalam botol minuman seorang wanita yang bekerja di situ sebelum meninggalkan hotel tersebut.

Wanita malang yang mendapati ada rasa ‘pelik’ dalam minumannya itu telah bertindak memeriksa video daripada rakaman CCTV di hotelnya.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad mengesahkan bahawa wanita tersebut kemudian telah membuat laporan polis selepas kejadian itu.
wm1

Kuan Chee Heng bersama suspek yang didakwa telah memancutkan air maninya ke dalam botol air seorang pekerja wanita di sebuah hotel di Puchong.

Chee Heng dalam pada itu juga memberitahu lelaki yang belum berkahwin itu pernah ditahan sebanyak dua kali sebelum ini kerana mengintai wanita di dalam tandas di Dang Wangi dan The Curve.

Apabila ditanya mengapa dia lakukan perkara itu, lelaki tersebut hanya berkata ‘I cannot tahan’ dan dia kini dibawa ke Balai Polis Puchong Jaya untuk disoal siasat dengan lebih lanjut. – MYNEWSHUB.CC

1 comments so far

ini lah salah satu penyakit gila dari 1001 mcm gila....


EmoticonEmoticon