jobs from my.neuvoo.com

14 Julai, 2015

Jantan laknat, perkosa & bunuh ibu sendiri

London – Seorang lelaki telah melakukan perbuatan keji dan tidak boleh diterima akal, iaitu merogol ibu sendiri sebelum membunuh wanita itu akibat berada di bawah pengaruh dadah dan mabuk.

Lelaki itu, Alex McDonald, 27, kini dibicarakan di mahkamah. Dia bagaimanapun menafikan membunuh ibunya, Catherine, 57 dengan kejam.

Alex, yang merupakan seorang pekerja restoran dikatakan telah mabuk dalam satu sesi merasa wain sebelum mengambil kokain. Sekembalinya ke rumah, dia telah menyerang ibunya yang sedang tidur.

Ia merupakan serangan yang mengejutkan sehingga Catherine tidak berupaya untuk mempertahankan diri.

“Tertuduh menggunakan tiga senjata untuk menikam mangsa iaitu jarum mengait, gunting dan pisau. Dia juga menggunakan gunting untuk memaksa ibunya menyerah diri kepadanya,’’ kata pendakwaraya.

Kondom yang ditemui pada mangsa mempunyai DNA Alex dan selepas melakukan perbuatan terkutuk itu dia telah mengambil kereta ibunya lalu melarikan diri.

Bagaimanapun kenderaan itu terbabas dan dia kemudiannya ditangkap selepas mayat ibunya ditemui.

Perbicaraan bersambung. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon