jobs from my.neuvoo.com

08 Julai, 2015

Kejam! Ibu kerat bayi baru lahir sebelum berbuka puasa di Kubang Pasu

SEKADAR HIASAN
KUBANG PASU 7 Julai – Entah di mana hilangnya naluri keibuan seorang wanita apabila sanggup bertindak mengerat tubuh bayi yang baru dilahirkan sebelum dipam ke lubang tandas dalam kejadian di Kampung Manggol Jitra, dekat sini semalam.

Enam daripada bahagian tubuh bayi yang dipotong suspek berusia 31 tahun itu ditemukan pasukan forensik di rumah datuk wanita terbabit kira-kira pukul 3 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Abd. Rahim Abdullah berkata, pihak forensik telah menjumpai tubuh bayi yang telah dipotong kepada enam bahagian dipercayai menggunakan senjata tajam di dalam tangki najis rumah tersebut.

“Ada beberapa bahagian tubuh badan bayi masih lagi belum dijumpai.

Mayat bayi ini akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat dan suspek kini ditahan di Hospital Sultanah Bahiyah ( HSB) kerana mengalami pendarahan,” katanya di sini hari ini.

Menurut Abd. Rahim, pada mulanya suspek hanya mengaku melahirkan bayi itu semalam kira-kira pukul 1 tengah hari di rumahnya di Kampung Binjal Jitra dan memberitahu bayi tersebut telah dibuang di dalam tong sampah.

Bagaimanapun ujarnya, setelah disiasat dengan lebih lanjut baru suspek menceritakan dia telah melahirkan bayi tersebut di rumah datuknya dengan cara berdiri sebelum mengepamnya di dalam lubang tandas.

Kata beliau, melalui rakaman percakapan dengan ibu suspek, ibunya memberitahu suspek telah mengadu sakit pinggang semalam dan telah dibawa ke klinik.

“Apabila suspek balik dari rumah datuknya,suspek terus makan ubat lalu terus tidur. Pada pukul 1 tengah hari suspek bangun dan beritahu hendak buang air besar lalu masuk ke tandas.

“Lebih kurang sejam selepas itu suspek keluar dari tandas dan beritahu datang haid dan tidur semula hingga waktu berbuka,” ujarnya.

Tambah Abd. Rahim, ibu suspek juga tidak mendengar apa-apa bunyi yang mencurigakan dari dalam tandas tersebut.

Katanya kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan polis masih mencari bahagian kemaluan, tangan dan kaki kanan bayi itu.


EmoticonEmoticon