jobs from my.neuvoo.com

24 Julai, 2015

Kit Siang Pertikai Keislaman Haji Hadi

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mempertikaikan nilai keislaman dua pemimpin tertinggi PAS iaitu Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali.

Beliau mendakwa Abdul Hadi yang juga Timbalan Ketua Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa dan Mustafa sebagai ahli politik penipu dan tidak bermoral.

“Adakah perpisahan politik menjadi justifikasi bagi penggunaan taktik yang paling tidak bermoral, tidak beragama dan tidak berprinsip , termasuk pembohongan dan kepalsuan untuk menyerang lawan.

“Ini sudah tentu bukan ajaran Islam atau mana-mana agama di negara ini. Ini adalah sesuatu yang paling tidak bermoral dan tidak beretika,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan Mustafa mengkritik kepimpinan DAP di Kuala Terengganu, Terengganu semalam.

Kit Siang seterusnya mendakwa, antara punca pakatan rakyat berkubur kerana kepimpinan tertinggi PAS itu belum bersedia untuk menjadi pemimpin politik yang boleh dipercayai, komited dan setia.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan pemimpin DAP tidak mengikut perangai Abdul Hadi dan Mustapha sebaliknya sentiasa berprinsip, beretika dan tidak menyebakan pembohongan kepalsuan serta fitnah. – MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon