jobs from my.neuvoo.com

12 Julai, 2015

Kurang ajar, jilat tapi tak beli

VIDEO yang memaparkan penyanyi kecil molek Hollywood, Ariana Grande, yang dipercayai telah menjilat sebiji donut yang dijual di sebuah kedai di California kini dalam siasatan pihak polis.

Aksi pelantun lagu One Last Time itu yang bersama teman lelakinya telah menggemparkan orang ramai kerana sikap yang dipaparkan itu dikatakan agak keterlaluan dan kurang ajar.

Menerusi video yang sama, Ariana kedengaran telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan masyarakat tempatan di Amerika Syarikat.




Penyanyi bersuara lantang itu didengar telah meluahkan isi hatinya dengan menyatakan ‘Saya benci America‘ ketika menunggu di dalam kedai donut itu.

Walaubagaimanapun, dia dikatakan sudah meminta maaf atas kenyataan yang dibuat itu malah mendakwa di sangat sayang dan bangga dengan negaranya itu.

Berbalik kepada isu donut yang dijilatnya, dia didakwa tidak membeli donut yang dijilatnya itu dan pihak polis kini masih lagi menyiasat perkara tersebut.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut mengenai siasatan polis itu, wakil kepada Ariana menyatakan dia tidak akan memberi sebarang komen setakat ini.

Tahap kebersihan kedai donut itu kini telah diturunkan kepada gred B, malang betul kepada sesiapa yang terbeli donut yang sudah dijilat itu.

Jangan ingat kalau sudah terkenal atau jadi idola ramai orang boleh bertindak sesuka hati, sebagai public figure tingkah laku itu penting untuk dipelihara. – Agensi/MYNEWSHUB.CC


EmoticonEmoticon