jobs from my.neuvoo.com

14 Julai, 2015

Laporan awal ketua audit bersihkan 1MDB, tiada pindahan AS$700 juta, kata Husni

Menganggapnya sebagai tuduhan melulu, Kementerian Kewangan hari ini berkata laporan awal ketua audit negara mendapati tiada bukti salah laku dibuat 1Malaysia Development atau bukti kewujudan AS$700 juta dipindahkan ke “individu tertentu”.

Laporan ketua audit negara itu dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Khamis lalu tetapi anggota panelnya berkata 1MDB masih belum lagi menyerahkan beberapa dokumen lagi untuk diaudit kerajaan.

“Tuduhan melulu sesetengah pihak, termasuk kehilangan RM42 bilion dan pindahan AS$700 juta kepada individu tertentu tidak timbul,” kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dalam satu kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

“Saya berharap semua tuduhan melulu dihentikan. Kita perlu bersabar dan menunggu laporan akhir ketua audit negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),” katanya.
Katanya, fokus Putrajaya sekarang adalah pelan rasionalisasi di mana kerajaan komited menyelesaikan masalah 1MDB.

"Tujuan muktamad pelan rasionalisasi ini adalah untuk mengimbangi semula aset dan hutang 1MDB bagi menyokong struktur kewangan yang akan memastikan kemapanannya masa depan," kata Husni dalam kenyataan itu. – 14 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/laporan-awal-ketua-audit-bersihkan-1mdb-tiada-pindahan-as700-juta-kata-husn#sthash.53didwtB.dpuf


EmoticonEmoticon