jobs from my.neuvoo.com

15 Julai, 2015

PAS dah hilang akal - DAP

KUALA LUMPUR : DAP Selangor mempersoalkan pendirian Pas bahawa parti itu masih lagi bersama kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

Pengerusinya Tony Pua menyifatkan kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad tidak masuk akal.

“Macam mana kita adakan satu kerajaan yang rasional di mana satu parti tidak bekerjasama dengan parti lain..tak masuk akal.

“Tidak boleh kata MB (Menteri Besar) di tengah-tengah, kita berdua (Pas dan DAP) duduk di kiri dan kanan tapi tidak boleh bekerjasama,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat DAP pada Selasa.

Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, DAP masih lagi kekal komited dalam kerajaan sedia ada sehingga pihaknya berjumpa dengan Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sekali lagi selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Kita telah jumpa dia (Azmin) dua minggu lepas dan kita akan berjumpa dengannya sekali lagi selepas hari raya bagi menyelesaikan perkara ini.

“Biar kita selesaikan perbincangan dengan Menteri Besar dahulu, baru kita keluarkan pendirian. Kita akan selesaikan perkara ini segera,” katanya.

Pua mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa parti itu tetap bersama kerajaan negeri Selangor kerana keputusan Majlis Syura Ulama baru-baru ini hanyalah memutuskan kerja sama politik dengan DAP.

Iskandar berkata, tiada sebab anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dari Pas dalam exco kerajaan negeri Selangor meletak jawatan susulan keputusan Majlis Syura Ulama itu.


EmoticonEmoticon