jobs from my.neuvoo.com

08 Julai, 2015

Payudara diramas dekat mesin ATM

Kuala lumpur: Seorang pemandu lori berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meraba payudara seorang promoter pasar raya, tiga hari lalu.

S. Joshua, 26, didakwa meraba wanita berusia 26 tahun itu untuk mencabul kehormatannya di Level G, berhampiran mesin autopay sebuah pasar raya di Brickfields di sini pada 11.40 pagi, 5 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Joshua bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Majistret Saifulakmal Said membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang mendekati pengadu atau mana-mana saksi pendakwa raya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak manakala Joshua diwakili peguam R. Murugan.

Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes.

Bernama

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/62982#sthash.MvepPXKG.dpuf


EmoticonEmoticon