jobs from my.neuvoo.com

09 Julai, 2015

Pelacur bertauliah hanya untuk janda, datin kaya

MANGSA (kiri) membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA selepas ditipu sindiket.
Kuala Lumpur: Perlu bayar RM20,000 untuk mendapatkan sijil kontrak dan lesen menjadi pelacur lelaki bertauliah. Itu antara taktik digunakan sindiket untuk memperdaya ramai penuntut lelaki institusi pengajian tempatan.

Kebanyakan mangsa dijanjikan bayaran lumayan semahal RM4,000 bagi setiap pelanggan wanita yang disediakan sindiket.

Bagaimanapun setiap lelaki yang mahukan jawatan itu perlu membayar yuran khas diminta sindiket sebelum mereka diperkenalkan kepada wanita kaya berstatus janda ataupun datin.

Bayaran dikenakan itu didakwa digunakan untuk kos insurans, duti setem, guaman dan yuran pentadbiran sebelum mangsa dibenarkan untuk mendapatkan pelanggan.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jia, 21, berkata, dia tertarik menghubungi agensi itu selepas melihat iklan di laman web.

Dia dijanjikan pendapatan lumayan dengan hanya perlu tidur bersama pelanggan wanita.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/63073#sthash.Xo67O4y5.dpuf


EmoticonEmoticon