jobs from my.neuvoo.com

25 Julai, 2015

Pelakon Puteri Balqis dilabel Yahudi selepas foto berbikini tersebar

Nama pelakon cilik berbakat besar, Puteri Balqis tiba-tiba panas gara-gara beberapa keping gambarnya berbikini tersebar di laman sosial.

Foto tersebut mendapat reaksi pelbagai pihak hingga mencetuskan perbalahan antara pengikut di laman Instagram kanak-kanak berusia 7 tahun ini.

Ramai memberikan pandangan berbeza terhadap cara pemakaian pemenang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asean ini malah turut dilabel sebagai pengikut Yahudi.

Ada juga yang yang menyifatkan perkara sebegini mampu mengundang kepada kegiatan pedofilia yang telah pun berlaku kepada anak-anak selebriti terkenal sebelum ini dan banyak lagi perbalahan yang akhirnya dipadam pada ruangan komen akaun Instagram selebriti kecil ini.



- mD


EmoticonEmoticon