jobs from my.neuvoo.com

15 Julai, 2015

Pelakon Rebecca Nur Al-Islam 'naik hantu', belasah pekerja hingga cedera

Ampang: Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul bekas majikannya yang juga seorang pelakon wanita, Rebecca Nur Al-Islam selepas menyerahkan surat berhenti kerja di syarikat miliknya.

Dalam kejadian pada jam 2.15 petang, Khamis lalu, wanita berumur 25 tahun itu dikatakan pergi ke rumah pelakon terbabit di Ukay Perdana, di sini, untuk menyerahkan surat berhenti kerja dan memulangkan barang syarikat.

Sumber memberitahu Harian Metro, pekerja itu mendakwa pelakon itu tiba-tiba ‘naik angin’ dan bercakap kasar dengannya.

Menurutnya, tindakan itu juga dibalas dengan bahasa kasar oleh wanita terbabit sebelum dia mendakwa dipukul dengan menggunakan tangan.

“Bekas majikannya didakwa memukul menggunakan tangan di bahagian muka dan bahu wanita itu sehingga mengakibatkan bengkak di muka dan bibir. Pekerja itu kemudian bertindak membuat laporan polis.

“Anggota polis kemudiannya pergi ke lokasi kejadian namun pelakon terbabit tiada di rumah semasa siasatan dilakukan,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Ampang Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis daripada kedua-dua pihak.

“Kita sudah menerima laporan mengenai insiden itu daripada wanita yang juga bekas pekerja dan artis terbabit.

“Bagaimanapun polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap kes berkenaan. Polis akan panggil kedua-dua pihak untuk diambil keterangan sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan memperuntukkan penjara sehingga setahun atau denda tidak sampai RM2,000 atau kedua-dua sekali dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali.

Dalam pada itu, usaha wartawan untuk mendapatkan maklum balas Rebecca Nur Al-Islam menerusi panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp sejak semalam gagal.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/64389#sthash.z6ley4LF.dpuf


EmoticonEmoticon