jobs from my.neuvoo.com

03 Julai, 2015

Pengemis langgan pelacur guna duit sedekah

PEGAWAI kebajikan mengira wang yang dirampas daripada Tiban (kanan).
Jakarta: Seorang lelaki berusia 70 tahun ditahan pegawai kebajikan di Jakarta kerana menggunakan wang hasil mengemis untuk melanggan pelacur.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Tiban itu ditahan di kawasan Radio Dalam, Jakarta Selatan oleh sepasukan pegawai kebajikan, kelmarin.

Ketika ditahan Tiban membawa wang berjumlah Rp3.6 juta (RM1,019) yang diperoleh hasil daripada mengemis.

Ketua Jabatan Kebajikan Jakarta Selatan Kismoyohadi berkata, lelaki itu yang tidak berkahwin dan tidak mempunyai keluarga sering dilihat meminta sedekah di Kebayoran Lama.

“Sudah dua kali Tiban ditahan kerana melanggan pelacur di kawasan itu.

“Tiban mengaku menggunakan wang hasil meminta sedekah itu untuk membeli keperluan diri dan untuk memenuhi nafsunya,” katanya. - Agensi

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61720#sthash.ukvNnO2Q.dpuf


EmoticonEmoticon