jobs from my.neuvoo.com

23 Julai, 2015

Pengguna Facebook Minta SKMM Sekat Laman Web DR.MAZA.COM

PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook bertindak membuat aduan keatas akaun Facebook DR.MAZA.COM kerana dikatakan memuatnaik status-status tohmahan yang tidak disertakan bukti kukuh dan tidak masuk akal.

Aznil Hisham membuat aduan tersebut kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya page Facebook itu disekat daripada diakses oleh pengguna Internet lain.

Di dalam aduan yang bertarikh 21 Julai lalu, Aznil Hisham mendakwa sebagai seorang Mufti, Mohd Asri tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang berbentuk hasutan dan menambah kebencian rakyat terhadap pentadbiran kerajaan.

“Beliau adalah public figure yang memegang jawatan sebagai Mufti. Setiap tutur kata beliau menjurus kepada kebencian rakyat terhadap kerajaan. Malah terdapat dakwaan-dakwaan beliau yang agak ‘kurang ajar’ dengan menyamakan kerajaan kini umpama seekor khinzir,” tulisnya dalam aduan itu memetik laporan FMT.

Selain dari memuji tindakan dari SKMM yang menyekat akses ke portal Sarawak Report baru-baru ini, Aznil juga berharap tindakan yang sama akan diambil kepada Facebook Dr Maza.com


EmoticonEmoticon