jobs from my.neuvoo.com

14 Julai, 2015

Pengkhianat perlu keluar parti sebelum dipecat, kata PAS

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan menyarankan pemimpin parti yang mempunyai kaitan dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) keluar daripada parti Islam itu sebelum dipecat.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, tindakan tersebut adalah wajar kerana mereka sudah pun melakukan pengkhianatan kepada PAS.

Katanya, dengan menubuhkan parti baharu jelas menunjukkan pemimpin PAS tersebut tidak setia kepada parti.

"Itu hak mereka menubuhkan parti baharu, itu pilihan mereka. Cuma pada asasnya, apabila menubuhkan serta menyertai sebuah parti baharu yang diluluskan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), mereka akan secara automatik digugurkan keahlian mereka dalam PAS.

"Sehubungan itu, lebih wajar bagi mereka untuk keluar parti sekarang. Sudah jelas mereka melakukan pengkhianatan terhadap jemaah dan tidak boleh memberi kesetiaan kepada PAS, jadi apa guna lagi menjadi ahli," katanya seperti dilaporkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia hari ini.

GHB secara rasminya dilancarkan semalam, dibarisi pemimpin progresif daripada PAS yang sebelum ini tersingkir pada pemilihan parti bulan lalu.

Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

"Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur semalam. – 14 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengkhianat-perlu-keluar-parti-sebelum-dipecat-kata-pas#sthash.VumY6sRd.dpuf


EmoticonEmoticon