jobs from my.neuvoo.com

25 Julai, 2015

Pilihan Malaysia ikat Liverpool di Bukit Jalil

Kuala Lumpur: Hasrat Liverpool untuk mencatat kemenangan besar ketika bertemu Pilihan Malaysia tidak kesampaian apabila sekadar seri 1-1 dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Pilihan Malaysia yang dibimbing jurulatih kebangsaan, Dollah Salleh berada di depan pada minit ke-13 apabila Patrick Wleh Ronaldinho melakukan rembatan dari jarak dekat menewaskan penjaga gol, Adam Bogdan.

Pada minit ke-28 Liverpool menyamakan kedudukan apabila pemain sayap kanan, Jordon Ibe melakukan gerakan solo sebelum merembat dari penjuru petak penalti menumpaskan penjaga gol, Khairul Azhan Md Khalid.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu hampir menambah gol kedua pada minit ke-42 namun rembatan Dovock Origi berjaya ditepis Khairul Azhan.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada separuh masa kedua namun buntu untuk menambah jaringan.

Kira-kira 60,000 penyokong terutama peminat Liverpool di Malaysia hadir menyaksikan perlawanan sempena jelajah pramusim kelab berkenaan.

PILIHAN MALAYSIA: Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, Vincent Bikana, Mohd Razman Roslan (kapten) (Yong Kuong Yong), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Nazirul Naim Che Hashim), Thiago Junior de Aquino, Mohamad Nasir Basharuddin (Baddrol Bakhtiar), Zah Rahan Krangar (Mohd Afif Amiruddin), Joseph Kalang Tie (Ahmad Syamim Yahya), Azamuddin Mohd Akil (Norshahrul Idlan Talaha), Charles Chad Souza (S. Kumaahran), Patrick Ronaldinho Wleh (D. Christie Jayaseelan).

LIVERPOOL: Adam Bogdan, Nathaniel Clyne (Dan Cleary), Dejan Lovren, Martin Skrtel, Divock Origi (Sheyi Ojo), Lucas Leiva (Jordan Rossiter), Jordon Ibe, James Milner (Pedro Chirivella), Jordan Henderson (kapten), Alberto Moreno (Joe Maguire), Adam Lallana.


EmoticonEmoticon