jobs from my.neuvoo.com

14 Julai, 2015

Selepas 7 bulan hamil, inilah wajah terkini Lisa Surihani

JIKA diperhatikan jarang-jarang sekali pelakon cantik Lisa Surihani menunjukkan baby bump di mana-mana  sama ada di media elektronik, media cetak mahu pun laman sosial Instagram miliknya sendiri.
Adalah sekali.. itu pun suaminya Yusry Abdul Halim yang memuat naik gambar pasangan bahagia ini ketika bercuti di Australia, bulan lalu di mana kelihatan jelas baby bump comel aktres kesayangan ramai itu.
lisa3
Ketika ditanya kenapa enggan terlalu mendedahkan gambarnya yang sedang hamil di laman sosial, Lisa menerusi satu laporan media sebelum ini berkata dia memang sengaja tidak mahu terlalu mendedahkan perkara itu kerana menghormati pasangan suami isteri lain yang masih lagi belum dikurniakan cahaya mata.
Namun peminat pelakon berwajah ayu ini tidak perlu gusar kerana akhirnya Lisa memberi ‘kebenaran’ juga kepada rakan baiknya, Raja Nadia Sabrina untuk memuat naik gambar terbaharunya yang kelihatan comel dengan baby bump kandungannya yang sudah masuk bulan ketujuh.
lisa1
lisa2
Memetik laporan Berita Harian, Yusry menyatakan Lisa dijangka melahirkan anak sulung mereka September ini.
Untuk rekod, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabul pada 23 Februari 2012 di Putrajaya selepas beberapa tahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC
lisa



EmoticonEmoticon