jobs from my.neuvoo.com

10 Julai, 2015

Selepas ustaz, wanita ini dedah YB juga langgan tubuhnya dan masih berhutang!

Nampaknya, pelacur kelas atasan yang menggelarkan dirinya sebagai Zara XXX ini bukan wanita bodoh yang boleh dipermainkan sesuka hati oleh lelaki jalang.
Apa tidaknya, dia bukan sahaja tidak mengenal erti malu mahupun dosa pahala malah berani bertindak licik tidak kira terhadap orang ternama mahupun berpangkat.
Jika semalam, kecoh dengan pendedahan berani matinya tentang seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar Mesir berpangkat Datuk yang masih berhutang sebanyak RM3,000 selepas mendapatkan khidmat seksnya selama tiga jam.
Terbaharu, muncul lagi kenyataan menerusi laman Facebooknya Zara XXX High School – Zara Extreme mendakwa dia mempunyai banyak pelanggan daripada golongan VVIP yang masih lagi tidak melunaskan bayaran.
Bagaikan mencari mangsa baru, Zara memberitahu akan mendedahkan kesemua identiti individu termasuk yang bergelar ‘Yang Berhormat’ itu bermula hari ini.
2
Anehnya, Zara seolah-olah sengaja memberi hint tersebut lebih awal seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Senang cakap, modus operandi nampak jelas ingin mengugut lelaki yang mempunyai gelaran Yang Berhormat itu.
Malah, jika difikir-fikirkan mana mungkin kepada seseorang yang mempunyai berpangkat Datuk dan mempunyai gelaran Yang Berhormat tidak mempunyai wang sehingga sanggup berhutang dengan seorang pelacur.
Entah-entah, pangkat dan gelaran itu hanyalah omongan kosong Zara semata-mata untuk meletakkan dirinya sebagai pelacur kelas atasan. Ermm… siapa tahu?
Tetapi yang peliknya, kisah pelacur ini sudah lama tersebar sehinggakan ramai yang mencari siapakah sebenarnya wanita yang menggelarkan dirinya Zara ini.
Menurut satu sumber, Zara dikatakan adalah seorang penjawat awam yang bertugas sebagai pembantu tadbir undang-undang gred 17 di bahagian kehakiman negara.
1
Namun, sejauh mana kebenaran infomasi ini sendiri masih menjadi tanda tanya.
Difahamkan, selain memberi perkhidmatan seks, Zara dikatakan mempunyai kelas sendiri iaitu kelas urutan zakar dan pernah menjual ubat kuat lelaki maskulin yang tiada kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (KKM).
Apa yang kami pasti, Zara sememangnya gemar melayan suami orang seperti mana yang pernah diluahkan pelacur ini menerusi status-statusnya.
Kesimpulannya, wanita-wanita khususnya para isteri perlu sentiasa peka dengan aktiviti para suami bagi mengelakkan mereka terlibat dengan perkara sebegini. – MYNEWSHUB.CC



2 comments

Golongan datuk ni lah yg byk menipu..

Dgn pelacur pun nak menipu...

Kalau hadi Ping boleh sesat... Ularmak tuuu

Apa lagi ostad rtm nih... Bila.popular masuk tv mulalah .....

tidak membayar hutang adalah salah disisi agama dan kemanusiaan

pengelak hutang PTPTN saja boleh ditahan pasportnya

cuma kalau wanita ni nk dedah boleh dedah

harap ianya bukan fitnah.. kerana fitnah mengundang bala Allah

jika pendedahan dia benar, maka berpeluhlah ramai org2 yg berhutang itu


EmoticonEmoticon